ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
ESG disclosure framework | kerangka penyataan ESG | ESG | Garis panduan untuk syarikat menghebahkan maklumat berkaitan dengan prestasi alam sekitar, sosial, dan tadbir urus secara berkala dan boleh banding. |
National Sustainability Reporting Framework (NSRF) | Kerangka Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF) | ESG | Set garis panduan yang direka untuk menyeragamkan kaedah melaporkan amalan dan prestasi kemampanan oleh syarikat di Malaysia. |
United Nations Framework Convention on Climate Cha | Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) | ESG | Konvensyen antarabangsa untuk menangani cabaran global perubahan iklim yang disepakati di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. |
Climate Neutral Now Initiative | (Inisiatif Neutral Karbon Tanpa Lengah) | ESG | Usaha Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf sesebuah organisasi yang menjalankan tindakan segera untuk mengimbangi pelepasan karbon. |
The Special Climate Change Fund (SCCF) | Kumpulan Wang Perubahan Iklim Khas (SCCF) | ESG | Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membiayai projek yang berkaitan dengan pemindahan dan pembangunan teknologi serta kepelbagaian ekonomi. |
Paris Agreement | Perjanjian Paris | ESG | Perjanjian antarabangsa berkaitan dengan perubahan iklim yang termeterai dalam Persidangan Negara Ahli ke-21, Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris. |
Kyoto Protocol | Protokol Kyoto | ESG | Perjanjian antarabangsa yang mewajibkan negara yang terikat dengan protokol ini untuk mengehadkan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Protokol ini termaktub di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |