Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
concordance | konkordans | Senarai baris teks daripada korpus berdasarkan carian nodus dengan sejumlah kata di kiri dan kanan kata nodus tersebut. |
term bank | bank istilah | Senarai istilah teknikal bidang tertentu dalam pangkalan data elektronik. |
downward collocation | kolokasi menurun | Senarai gandingan sesuatu kata (kolokat) dengan kata nodus yang nisbah gandingannya semakin berkurang. Kolokasi menurun lazim berlaku apabila digandingkan dengan kata leksikal berbanding kata fungsian. |
standardisation | pemiawaian | Proses menyeragamkan kekerapan senarai kata dengan menyatakan kekerapannya dalam bentuk per seratus, per seribu atau per sejuta kata mengikut penormalan yang sesuai. |
rank ordering | tertib pangkat | 1. Urutan bagi maklumat kekerapan dalam senarai perkataan yang boleh disusun mengikut susunan perkataan yang paling kerap sehingga yang paling rendah bilangannya. 2. Teknik yang digunakan dalam beberapa ujian statistik bukan parametrik, contohnya ujian Wi |
Oxford Concordance Program (OCP) | Oxford Concordance Program (OCP) | Perisian yang menjana senarai perkataan, konkordans dan indeks daripada korpus. |
terminology extraction | penyarian istilah | Penyaringan dan pemilihan maklumat untuk mengenal pasti dan menjana senarai perkataan dalam teks atau korpus bagi dijadikan istilah teknikal dalam pembinaan bank istilah. |
AntConc | AntConc | Perisian analisis korpus yang mempunyai pelbagai fungsi seperti carian kata kunci, konkordans, kolokasi, n-gram serta janaan senarai kata. |
sampler corpus | korpus pensampel | Korpus percontohan daripada korpus yang besar. Korpus ini digunakan sebagai korpus latihan atau korpus bandingan dalam menjanakan senarai kata kunci. |
|
Tesaurus |
---|
| senarai (kata nama) | Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;, | | Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian, |
|
|