Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
collocation | kolokasi | Gandingan dua atau lebih kata yang berlaku dengan kerap. Contohnya, kata buku berkolokasi dengan membaca, latihan, teks, dan sebagainya. |
colligation | koligasi | Gandingan dua atau lebih kata dengan keterikatan secara nahuan. Contohnya, kata nama cenderung berkoligasi dengan kata adjektif. |
normalization | penormalan | Proses menyetarakan dua atau lebih korpora yang berlainan saiz dengan menggunakan frekuensi yang dinormalkan kepada asas sepunya (per sejuta perkataan atau per seribu perkataan). Penormalan ini adalah untuk membandingkan data kajian. |
Gutenberg Project | Projek Gutenberg | Arkib internet yang mengandungi lebih 60,000 buku tanpa hak cipta disimpan sebagai teks yang boleh dibaca oleh mesin. Arkib ini boleh diakses di http://www.gutenberg.org. Bilangan buku dalam arkib ditambah dari semasa ke semasa. |
fixed expression | ungkapan tetap | Gabungan dua perkataan atau lebih yang membentuk satu unit makna. |
multilingual corpus | korpus pelbagai bahasa | Korpus yang mengandungi teks lebih daripada satu bahasa. |
segmentation | segmentasi | Proses memenggal atau memisahkan ungkapan teks kepada unit yang lebih kecil seperti ayat atau perkataan (atau juga morfem). Segmentasi biasanya dilakukan secara automatik oleh perisian yang direka khas. |
mega corpora | korpora mega | Korpora yang bersaiz sangat besar dengan 100 juta perkataan atau lebih. |
keyword | kata kunci | Kata yang mencirikan sesuatu korpus berbanding dengan korpus lain seperti korpus rujukan. Kata kunci dikenal pasti berdasarkan kekerapan yang lebih tinggi dan signifikan dalam korpus sasaran berbanding korpus yang dibandingkan. |
second generation corpora | korpora generasi kedua | Korpora yang dibangunkan semasa atau selepas 1990-an dan merupakan megakorpora kerana saiz yang besar, iaitu sekitar 100 juta perkataan atau lebih seperti British National Corpus (BNC) dan Bank of English (BoE). |
|
Tesaurus |
---|
| lebih | 1. Bersinonim dengan baki ( sisa) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan semakin ( bertambah, kian, lagi, ) (kata tugas:) Berantonim dengan kurang
| Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Lihat selanjutnya... |
|