Kata |
Takrif |
Sumber |
eksistensialisme | fahaman atau falsafah moden yg menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia bertanggungjawab thp tindak-tanduknya | Kamus Dewan Perdana |
ekistik | kajian ttg petempatan manusia | Kamus Dewan Perdana |
eugenik | kajian ttg kaedah utk menghasilkan manusia yg berkualiti dgn memilih pasangan yg terbaik utk mendapatkan anak berkualiti | Kamus Dewan Perdana |
ekologi | kajian ttg hubungan antara organisma hidup spt manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan dgn persekitarannya | Kamus Dewan Perdana |
E. coli | bakteria yg biasanya ditemui di dlm usus manusia atau haiwan, yg menjangkiti sso melalui sst yg tercemar dan sesetengah jenisnya boleh menyebabkan keracunan makanan yg teruk yg ditandai oleh cirit-birit, kejang perut dan kadangkala demam, muntah atau sakit kepala. Nama penuh bagi bakteria ini ialah Escherichia coli | Kamus Dewan Perdana |
etnologi | cabang antropologi yg mengkaji rumpun, suku atau kumpulan bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta hubungan antara satu bangsa dgn bangsa yg lain | Kamus Dewan Perdana |
egalitarianisme | fahaman atau kepercayaan bahawa semua manusia adalah sama, dan dgn itu setiap orang mestilah mendapat hak, keistimewaan dan peluang yg sama | Kamus Dewan Perdana |
etnoarkeologi | cabang arkeologi yg berkaitan dgn sst bangsa manusia | Kamus Dewan Perdana |
estetisisme | fahaman bahawa prinsip estetik mendasari semua penilaian yg dibuat oleh manusia | Kamus Dewan Perdana |
Ebola | penyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976 | Kamus Dewan Perdana |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
|