| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sungguh zalim orang pendusta, Jahat bicara lidah pun tajam; Sungguh alim si orang buta, Melihat betina mata pun pejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | zalim (adjektif) | | Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;, | | | Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman, |
|
|