PeribahasaRaja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah.TakrifRaja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak harimau diajar makan daging.TakrifOrang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersandar di lemang hangat.TakrifBerlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.TakrifOrang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diajar anak harimau makan daging.TakrifJangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersandar di batang rengas, gatallah badan.TakrifOrang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| zalim (adjektif) | Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;, | | Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman, |
|
|