Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata adat disebut orang, Isinya benar diturut umum; Mata melihat mengikut undang, Telinga mendengar menurut hukum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Jika naik Bukit Pedawan, Ambil kayu dibuat titi; Adik belajar bersama kawan, Guru mengahar senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Tengah hari panas terik, Mari kita pergi berburu; Adik sungguh budak baik, Taat mendengar ajaran guru. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Kilang tebu didiri sudah, Cawan berisi buah tamar, Hilang jerebu langit cerah, Awan berarak matahari bersinar. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| umum | 1. Bersinonim dengan biasa ( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan secara keseluruhan ( tidak terbatas, tidak terhad, ) (adjektif:) Berantonim dengan khusus
3. Bersinonim dengan orang awam ( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman, |
|
|