Pantun |
Sumber |
Tema |
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| tidur (kata kerja) | Bersinonim dengan beradu, membuta, mereluh, menereluh, beroloh, mengadar, bobok, berdengkur, belayar ke pulau kapuk;, | | Kata Terbitan : meniduri, menidurkan, tertidur, setiduran, kesetiduran, berseketiduran, penidur, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 314 Wake not a sleeping lion Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Mengusik anjing tidur Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|