Pantun |
Sumber |
Tema |
Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sakit kaki terinjak bara, Bawa berjalan pening sekali; Sakit hatiku tidak terkira, Melihat tuan menjeling kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tidak kerana selasih, Manakan kurang sakit kepala; Jika tidak kerana kekasih, Manakan abang mahu bercinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya makan tidak berlauk, Tentulah sedikit nasi ditelan; Andainya iman tidak dipupuk, Tentulah sakit di hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Lihat selanjutnya... |
|