Pantun |
Sumber |
Tema |
Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 46 Don't bite off more than you can chew Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|