Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Remas-remaslah daun tembakau; Mari diremas di atas papan; Hati cemas bercampur risau, Sedikit pun tidak mahu makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tidak mahu ke ladang, Mengapa pula berjalan ke mari; Kalau tidak malu bertandang, Mengapa di jalan tuan menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 337 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Kasih itu roh (semangat) yang buta She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|