Pantun |
Sumber |
Tema |
Tidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Itu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menjala Sungai Seniawan, Boleh seekor ikan senangin; Sakit rasa saya tak tahan, Boleh tidak mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
5Lancang kuning lancang pusaka, Lancang tidak boleh berganti; Biar kering laut Melaka, Saya tidak mungkir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Puisi |
---|
|
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|