Pantun |
Sumber |
Tema |
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah pauh disinar bulan, Dahannya repih membawa buah; Berapa jauh antara badan, Hatiku kasih tidak berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 593 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul ''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|