Pantun |
Sumber |
Tema |
Tidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlubang; Baik adat elok orangnya, Baik orang bijak menenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak meranggas; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak pemanas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 444 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Sepuluh kali ukur, sekali kerat I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|