Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau merendah supaya indah, Tekat ditenung beri berjambul; Kalau meminta kepada Allah, Lambat-laun pasti terkabul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya mandi tidak terlanjang, Bawalah selalu kain basahan; Supaya hati tak tercabang, Terasa ragu jangan pedulikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya lauk tidak terbuang, Sebelum sejuk hangatkan lagi; Supaya duduk awak tak sumbang, Sebelum duduk ingatkan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Supaya langkah tidak terdedat, Tengoklah dulu jalan di muka; Supaya nafkah tidak tersekat, Elokkan laku dalam bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|