Pantun |
Sumber |
Tema |
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jika menyukat tidak pandai, Banyaklah orang merasa rugi; Jika adat tidak dipakai, Tampaklah belang binasa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati, | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Eksport kayu jati, Boleh buat titi, Langsung bawa mati, Sendiri tuan rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 436 Once bitten, twice shy Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang Sekalilah si buta kehilangan tongkat I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy. Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|