Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baiklah baik memincang payung, Naik ke lampau memukul gendang; Kalau sudah hatiku hayung, Rugi sedikit mana dipandang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak lipan tepi pagar, Mati ditikam buluh berduri; Bukankah tuan saudagar besar, Kenapa berniaga takut rugi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi.
1
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.



Lihat selanjutnya...