Pantun |
Sumber |
Tema |
Hamba tidak ke rimba lagi, Rimba lebat di seberang; Hamba tidak berubah lagi, Bulat hati adikku seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Petang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hutan rimba sudah diredah, Ada balak orang yang punya; Kalau berkawan penagih dadah, Tidak menagih terkena jarumnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masaknya buah tampoi rimba, Masak bergolek di dalam petak; Entah bertuah entah celaka, Orang menjadi awak yang tidak | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kami tidak ke rimba lagi, Abang berlukah bertengkalak; Kami tidak percaya lagi, Abang bersumpah sambil gelak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Gagak terbang menyusur rimba, Beruk di hutan tergaru-garu; Hendak meminang umurlah tua, Bongkoklah badan menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Senyap sunyi binatang rimba, Bila melihat badak mengganas; Sebab hati bercabang dua, Bila surat tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana tidak di rimba, Lalu jatuh dari durinya; Bagaimana tidak dicinta, Hatiku hancur mengenang budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Berteriak burung di rimba, Parak bertagur di hujung kayuan; Anjang perak layar kesumba, Seperti pungguk merindu bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Puisi |
---|
|
Sayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.
Lihat selanjutnya... |
|