Pantun |
Sumber |
Tema |
Main tepi Penjara, Dipatuk ular berbisa; Jangan buat angkara, Nanti rosak binasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Belah batang penjara padi, Rebah padi dipukul ribut; Adik saya datang ke mari, Tanda kasih seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Sejak periuk berisi maja, Banyaklah arang untuk perbara; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah orang masuk penjara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mak Ainun anak dara, Petik mengkudu buah bidara; Konon nak jadi jutawan segera, Asyik menipu masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
|
Tesaurus |
---|
| penjara (kata nama) | Bersinonim dengan jel, lokap, kurungan, tahanan, rumah pasung, tangsi, terongko, bui, kanjus, kamar gelap,
rumah perdeo, rumah perai, kerangkengan, kerangkeng, tuna pidana, sekapan, penyekapan;, | | Kata Terbitan : memenjarakan, terpenjara, |
|
|