Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sakit kaki terinjak bara, Bawa berjalan pening sekali; Sakit hatiku tidak terkira, Melihat tuan menjeling kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Saya ke Kuching ke Gunung Matang, Asap meliput dari udara; Kepalaku pening bingungku datang, Bawa mengenang gambarmu kakanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| pening (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,
2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,
| Kata Terbitan : memeningkan, |
|
Puisi |
---|
|
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang.
Lihat selanjutnya... |
|