Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun sambal terasa pedas, Tak ada ikan dimakan juga; Walaupun bual melewati batas, Kerana segan ditelan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tumbuh lada di tepi lebuh, Kalau dimakan pedas ke kerongkong; Sungguhlah manja bini nan lumpuh, Kalau berjalan minta didukung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut luas tak nampak tepi; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut pedas membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Manis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Puisi |
---|
|
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 69 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan) When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|