Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang beradat mensyukuri nikmat, Rezekinya tidak dimakan sendiri; Membuang adat menjauhlah rahmat, Dirinya rosak Tuhan kan benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hati | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat tahu bersyukur, Nikmat Allah ia muliakan; Membuang adat malu bertabur, Umat terbelah binasalah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau diparut buah kurma, Dapat dimakan rasanya nikmat; Kalau diturut petua ulama, Selamat badan dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau pandai merendang cendawan, Rendang dimakan terasa nikmat; Kalau pandai menenggang kawan, Orang senang hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rasanya manis bagaikan gula, Dibuat pengat bertambah nikmat; Sengketa habis hilang bala, Selamatlah umat dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dibuat sambal rasanya sedap, Makan kenyang terasa nikmat; Hajat kami membuka cakap, Membilang undang mengaji adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau betung dibuat galah, Takkan terlindung aur disusup; Kalaulah dihitung nikmat Allah, Takkan terhitung seumur hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |