Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata adat mengandung kaji, Kaji syarak tiang agama; Lupa adat mendunglah negeri, Negeri rosak orang binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Berani menjadi pelapis dada; Adat berjalan bertuah negeri, Negeri aman habis sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Negeri Sarawak Gunung Santubong, Tempat bermain si pari-pari; Mencari katak di bawah tempurung, Jika dapat diajar menari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Puisi |
---|
|
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 260 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|