Pantun |
Sumber |
Tema |
Batang mengkudu di tepi sungai, Putiknya musnah dimakan musang; Abang menunggu mati terkulai, Adiklah pindah ke tangan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Eksport dari Semantan, Eksport kayu jati; Musnah kehidupan, Langsung bawa mati. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Kayu paling tahan, Eksport dari Semantan; Musnah kehidupan, Akal mati jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Kena sumoah seranah, Jadi ikan bertutu; Rumah tangga musnah, Anak jadi kutu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| musnah (adjektif) | Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap,
hapus, sirna;, | | Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah, |
|
Peribahasa |
---|
| 521 It's no use to shut the stable door after the horse has bolted Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak. Sudah kalah baru berkubu The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Sudah kalah baru berkubu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|