Kata |
Takrif |
Sumber |
hapus(delete) | Membuang atau memusnahkan sesuatu objek daripada kedudukannya. | Kamus Komputer |
hapus | 1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hapus | 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersihkan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn menyapu: ~ conteng pd dinding; 2. menghilangkan, meluputkan, meniadakan, membanteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, menganggap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerahkan segala kekuasaannya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan sesuatu; 2. orang yg menghapuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hapus kira | (Eko) 1. penghapusan sesuatu hutang yg dianggap tidak boleh dikutip lagi, dan dgn itu dianggap sbg perbelanjaan atau kerugian; 2. pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung rugi yg menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus; menghapus kira membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hapus | 1. tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2. hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3. telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1. menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2. menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3. memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1. orang yg menghapuskan. 2. alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupus | hapus, luput, hilang: senyumnya ~ sambil menahan kesakitan; melupuskan menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di bawah telah dilupuskan atau dihapus kira; pelupusan perihal (perbuatan dsb) melupuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirap | hilang, hapus, lenyap, luput: ~ ghaib kemegahan diri; nama Ema telah ~ bertukar dgn nama ibu Beino yakni isteri Pak Beino; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhapus | menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghapuskan | 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
vanish | 2. cease to exist, hapus: the species was thought to have ~ed, spesies itu dianggap telah hapus; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
obliterate | vt 1. a. destroy completely, (act.) memusnahkan, menghapuskan, membinasakan; (pass.) musnah, hapus, binasa: several little villages were ~d in the bombing raids, beberapa buah kampung kecil musnah dlm serangan pengeboman itu; b. remove all signs of (impression, mark, etc), (act.) menyebabkan [sst] tdk kelihatan lagi; (pass.) tdk kelihatan lagi: the rain has ~d the footprints, hujan telah menyebabkan bekas jejak kaki itu tdk kelihatan lagi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
write | ~ off, menulis: when he saw the advertisement he wrote off for a catalogue, apabila dia melihat iklan itu, dia menulis utk mendapatkan katalog; ~ so. off, mengetepikan sso: of the five applicants, three can be written off, drpd lima orang pemohon, tiga orang boleh diketepikan; you can ~ him off as a future leader, kamu boleh mengetepikannya sbg pemimpin masa depan; ~ st off, a. cancel st from account, (act.) menghapus kira sst; (pass.) sst hapus kira: the firm has written off thousands of dollars worth of bad debts, firma itu telah menghapus kira beribu-ribu dolar hutang lapuk; b. accept the loss or failure of st, membatalkan sst: our plan had to be written off because of the weather, rancangan kami terpaksa dibatalkan oleh sebab cuaca buruk; c. damage (esp a car) beyond repair, ranap, musnah: four cars were written off in the accident, empat buah kereta telah musnah dlm kemalangan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
erase | hapus | hapus | hapus | Teknologi Maklumat |
delete | hapus | hapus | hapus | Teknologi Maklumat |
deletion anomaly | anomali hapus | anomali hapus | anomali hapus | Teknologi Maklumat |
delete query | permintaan hapus | pertanyaan hapus | pertanyaan hapus | Teknologi Maklumat |
delete procedure | prosedur hapus | tatacara hapus | tatacara hapus | Teknologi Maklumat |
scavenging system | sistem hapus sisa | sistem hapus sisa | sistem hapus sisa | Perubatan |
scavenger flotation | pengapungan hapus sisa | pelaboian hapus sisa | pengapungan hapus sisa | Kejuruteraan |
CD erasable (CD-E) | CD dapat hapus | CD boleh hapus (CD-E) | CD boleh hapus (CD-E) | Teknologi Maklumat |
cause-deleted life table | tabel kehidupan hapus sebab | jadual hayat hapus sebab | jadual hayat hapus sebab | Perubatan |
write-off | hapus | Tiada | hapusan | Ekonomi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
delete | hapus | Komputer | Tiada | Tiada |
delete | hapus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang operasi untuk menghapuskan sekumpulan rakaman dari fail.,2. Memadam atur cara dari ingatan komputer.,3. Suatu fungsi khas yang digunakan dalam kod komunikasi data bagi membolehkan pengguna menulis semula aksara yang salah. |
scavenge | hapus-sisa | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
disintermediation | hapus perantaraan | Pentadbiran | Tiada | 1. Urus niaga antara peminjam dan pemberi pinjam tanpa pengantara kewangan seperti bank. 2. Proses pelucutan peranan institusi kewangan dalam pelaburan. |
delete | hapus | Teknologi Maklumat | Perisian | Perbuatan melenyapkan sesuatu objek dalam bentuk teks, fail atau data dalam sistem perkomputeran. Objek yang dihapuskan boleh berada dalam suatu dokumen elektronik, pangkalan data atau cakera keras. Sesuatu objek yang telah dihapuskan mungkin boleh dicapai semula dengan menggunakan kaedah tertentu. |
obliterate | hapus | Undang-undang | Tiada | Tiada |
obliterate | hapus; menghapuskan | Arkeologi | Tiada | Tiada |
obliterate | hapus; obliteral | Biologi | Tiada | 1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan. |
block delete | hapus blok | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
deletion | potong; hapus; pelepasan | Linguistik | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
hapus | kemajih [kemajih] | Melanau Dalat | |
hapus | apus,lanyap, lasap. | kedayan | |
dingau | hapus | TETAW | |
semawar | semawar; 1 sj dapur kecil yg menggunakan minyak dan angin; 2 ki hapus krn sudah tua. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hapus | [ha.pus] | دهاڤوس |
|
Tesaurus |
---|
| hapus (kata kerja) | Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;, | | Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus, |
|
|