Pantun |
Sumber |
Tema |
Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk jalan melompat, Hujan tiba jatuh terlentang; Awak buruk hidup melarat, Manakah ada disapa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habis senjata dimakan kerat, Manakan dapat dipakai lagi; Habislah cinta badan melarat, Manakan ingat kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan ulat, Alamat ladang jadi belukar; Habislah kasih badan melarat, Hidup malang mati terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana sampan takkan ditambat, Bila di laut ombak mengganas; Bagaimana badan takkan melarat, Bila hidupnya banyak bermalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukit tinggi berhutan lebat, Banyaklah burung diam di sana; Patah hati hidup melarat, Hendak berkunjung malulah muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.
Lihat selanjutnya... |
|