Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata adat membilang petuah, Petuah dibilang untuk diingat; Lupa adat hilanglah maruah, Maruah hilang buruklah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat tegaklah tuah, Tuah menjadi payung negeri; Rosak adat tercampak maruah, Maruah tercampak lancunglah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Hutang nyawa membela maruah; Adapun adat sebenar adat, Pantang dipinda diubah-ubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat beraja mengenang daulat, Adat berpenghulu ingatkan maruah; Adat bekerja memegang amanat, Adat berguru ingatkan petuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Labu manis ditengah ladang, Dibuat pengat rasa perisa; Malu habis maruah pun hilang, Berbuat jahat badan binasa, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taat umat kepada Allah, Hidup selalu menjaga amal; Kuat adat mulia maruah, Hidup bermalu sempurna akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Hidup terpuji dunia akhirat; Kuat adat mulia maruah, Hidup mati membawa manfaat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |