Pantun |
Sumber |
Tema |
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Gelombang memecah di Kuala Muda, Orang Ferenggi berlari-lari; Banyak mangsa balu dan duda, Mencari tempat membawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ada gelas berisi bunga, Ada kayu dibelah-belah; Seikhlas hati kami berdoa, Mangsa Tsunami dirahmati Allah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Batang selasih mudah patah, Banyak terdapat di Hutan Dalam; Banda Aceh musnahlah sudah, Mangsa menangis siang dan malam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Changkul tanah dalam-dalam, Sebelum datang seorang kontraktor; Menteri mengarah siang malam, Menyelamat tujuh mangsa helikopter. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Banyak bantuan dibawa MERPATI, Doktor Haryati ketua rombingan; Sukarelawan datang silih berganti, Datang merawat mangsa kemalangan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Sejak limau dimakan musang, Banyaklah ulat mencari mangga; Sejak harimau dituakan orang, Banyaklah umat menjadi mangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Saratlah jong dari selatan, Pasang timpas berhenti juga; Ibarat burung tinggi di awan, Terbang bebas menari mangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Peribahasa |
---|
| 95 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. Mencampakkan batu keluar He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah mencampakkan batu keluar. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|