Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau berjaja janganlah mahal, Bila mahal barang tak laku; Kalau berkerja janganlah bingal, Bila bingal datanglah seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Beli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 554 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Lain mangkuk lain cawan. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|