Pantun |
Sumber |
Tema |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bergayut dipohon jati; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah lembut menawan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebat menyengat rasanya sakit; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah semangat payahlah bangkit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang patah biarlah patah, Supaya cepat bertunas lagi; Orang lemah biarlah lemah, Supaya dapat ditindas lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung terbang kerana sayapnya, Sayap lemah terbang tak jauh; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap menyalah banyaklah musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buruk parang dimakan karat, Besinya lemah mata pun tumpul; Buruk orang melupakan adat, Hati menyalah fikiran mantul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lemah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya,
tidak berkuasa, Berantonim dengan cergas
2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar.
Lihat selanjutnya... |
|