Pantun |
Sumber |
Tema |
Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Padang kundur padang terap, Padi secupak jual di pekan; Sedang tidur tidak lelap, Anak didodoi lapar tak makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Daun pandan hijau berseri, Dicampur dengan harum setanggi; Seri Dewi namanya puteri, Tidak lelap sampai ke pagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
|