| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Keratlah-kerat batang samak, Dapat dibuat bilah lantai; Ingat-ingatlah nak pesan emak, Sudah diingat lalu dipakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rosak kerat binasalah kayu, Kayu binasa bahan terbuang; Rosak adat binasa Melayu, Melayu binasa dihinakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Habis senjata dimakan kerat, Manakan dapat dipakai lagi; Habislah cinta badan melarat, Manakan ingat kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jika tempua bersarang tinggi, Kerat sebatang bunga kiambang; Jika tuan sudi disaji, Ibarat menatang bulan mengambang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Kupu-kupu terbang petang, Kerat empat keladi buah; Kutinggal ibu kutinggal sayang, Hasrat nak dapat gading bertuah. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
|
| Puisi |
|---|
|
Oranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya.
Lihat selanjutnya... |
|