Pantun |
Sumber |
Tema |
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buat kebun berpagar-pagar, Dalam kebun taman setanggi, Hendak memikat burung di sangkar, Lepas di sangkar terbang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Petik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Cina kebun Cik Ali, Burung kedidi terbang ke pantai; Kalau sudah gunung yang tinggi, Mana boleh dapat dicapai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| kebun (kata nama) | Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;, | | Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun, |
|
Puisi |
---|
|
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun.
Lihat selanjutnya... |
|