Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang ke hulu biarlah ke hulu, Siapa datang kita dulukan; Yang berlalu biarlah berlalu, Cinta sekarang kita padukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tepak peminang dari gangsa, Bawa mudik ke hulu-hulu; Kami tidak memandang bangsa, Bangsa abang biarlah dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ke hulu jangan mudik bermalam, Kalau bermalam banyak pacatnya; Rindu jangan disebut demam, Kalau demam tampak pucatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pergi ke hulu ambil pulasan, Burung merbuk jual di pekan; Dari dahulu sudah dipesan, Orang mabuk dikawan jangan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mudik ke hulu kampung Tabuan, Di sana banyak buah asam; Mutiara banyak dalam pasaran, Mana satu mutiara tiram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mudik ke hulu Sungai Pak Jeli, Membawa salam dari kami; Cik adik pandai berjual beli, Jimat belanja teguh ekonomi. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Daripada ke hulu perahu bergalah, Eloklah berhenti memasang lukah; Daripada malu mengaku kalah, Eloklah mati bergalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Lihat selanjutnya... |
|