Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Bukan upih sebarang upih, Upih pinang tidakkan pecah; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih abang takkan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini ada gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami nyawa padahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini banyak gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami banyak maknanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini menjadi ubat; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami sampai ke lahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini sudah terbilang; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami sampai ke tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak selasih perkara selasih, Selasih mati ditimpa galah; Banyak kasih perkara kasih, Kasih sejati kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak sirih perkara sirih, Sirih ini berdaun hati; Banyak kasih perkara kasih, Kasih ini meracun hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pauh jatuh bertindih-tindih, Jatuh bertindih tidak dipungut; Jauh berhayal mengutip kasih, Kasih tercicir dikutip semut. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jika antah sudah disisih, Masak gulai kurangkan sirap; Jika tak pandai meletak kasih, Kasih orang jangan diharap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi; Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 476 When poverty comes in at the door, love flies out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|