Pantun |
Sumber |
Tema |
Gajah putih jejak berulang, Baru berbalik ke pangkalan; Entahnya gagak terbang, Barulah adik abang tinggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berburu mengikut jejak, Adat berladang ada bermusim; Adat Melayu mengikut syarak, Adat dipegang tandanya Muslim. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Panjang serabut tali belati, Jejak ke tanah batang cendawan; Yang disebut hulubalang sejati, Tidak pernah membilang lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau dipanggang belida bongkok, Lemaknya tinggal di telapak tangan; Kalau abang bertolak esok, Tinggallah jejak di tengah laman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ada malangnya menjadi kembang, Bila harum mencarinya banyak; Ada malangnya bergigi jongang, Bila mencium gigi yang jejak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
|