Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bersuluh, Jangan takut berjalan malam; Kalau kita tidak bermusuh, Jangan takut makan setalam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bergalah, Jangan takut membentang kajang; Kalau kita tidak bersalah, Jangan takut ditentang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun parang tidak berhulu, Jangan pula disia-siakan; Walaupun orang tidak bermalu, Jangan pula dihina-hinakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika dayung tidak kuat, Jangan harap sampai ke seberang; Jika kampung tidak beradat, Jangan harap dihargai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 51 Don't bite the hand that feeds you Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita. Jangan tercirit di periuk We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, jangan tercirit di periuk . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|