Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ular lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ular lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau dedak kata dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau tidak kata tidak,
     Jangan saya ternanti-nanti.



Lihat selanjutnya...