Pantun |
Sumber |
Tema |
Induk siamang jatuh ke kali, Berlumba-lumba yu menyerang; Kutengok abang bersungguh hati, Makanya hamba mahu dipinang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Induk burung terbang tinggi, Hingga di dahan kayu arah; Duduk termenung sepanjang hari, Mengharapkan puan mahu menyapa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patahlah kaki induk siamang, Usai menangis tidur jadinya; Patahlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bininya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kata tua kata berinduk, Induk turun dari syarak; Hingga bangsa gila beramuk, Buruk menurun kepada anak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
|