| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Kata tua kata berpadan, Berpadan kata dengan isinya; Hina bangsa tiada pedoman, Badan hina hilang budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata bermanfaat, Banyak manfaat dapat dirasa; Hina bangsa tiada muafakat, Tidak muafakat umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | hina (adjektif) | | Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;, | | | Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|