| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bukan mudah orang berhelat, Sahabat handai diajak serta; Bukan mudah memegang adat, Syariat dipakai nampak di mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | handai (kata nama) | | Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;, | | | Kata Terbitan : berhandai-handai, |
|
|