Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa gunanya rehab berbunyi, Bila berbunyi terasa hambar; Apa gunanya mengharap kami, Hamba miskin hidup terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya merendang padi, Bila tak dapat jadi bertih; Apa gunanya memandang kami, Hambar melarat budi tertindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila bulan bercahaya penuh, Nampak bintang menjadi pudar; Apabila tuan sudah menjauh, Tegakku bimbang hati pun hambar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hambar (adjektif) | 1. Dalam konteks rasa bersinonim dengan tawar, adem,
2. Dalam konteks sikap bersinonim dengan dingin, acuh tak acuh, bena tak bena, endah tak endah, hilang minat, tidak bersemangat,
| Kata Terbitan : menghambar, kehambaran, |
|
|