| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Perahu Keling berjala getah, Supaya laris murahlah harga; Baru bersanding selera patah, Disangka gadis rupanya janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Menumbuk emping kita dahulu, Buat pengisi katang-katang; Duduk bersanding kita dahulu, Sambil menunggu kadi datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Belum berdinding rumah ditunggu, Tentulah kena hujan dan angin; Belum bersanding sudah mencumbu, Tentulah hamba mencari yang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Susahlah hati menumbuk emping, Dedaknya miang banyak berantah; Susahlah hati duduk bersanding, Anaknya dipinang emak yang nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak tenuk menyepak kambing, Anak musang memberi nasihat; Awaklah bongkok tegak bersanding, Banyaklah orang memberi tongkat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sanding2 (kata nama) | | Bersinonim dengan sudut, penjuru, bucu, hujung, juring, birai;, | | | Kata Terbitan : bersanding, menyandingi, menyandingkan, sandingan, bersanding, |
|
| Puisi |
|---|
|
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.
Lihat selanjutnya... |
|