| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Apabila atap sudah berlubang, Hujan masuk tiada bertahan; Apabila cakap suka temberang, Kawan mengutuk binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlubang; Baik adat elok orangnya, Baik orang bijak menenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya sudah berlubang; Mengapa orang rosak perangai, Kerana hidupnya suka temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Pucuk kemiri dimakan ulat, Daun yang segar jadi berlubang; Buruk negeri lupakan adat, Dusun yang besar menjadi lengang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Untuk apa orang ke hulu, Kalau kolek sudah berlubang; Untuk apa abang menunggu, Kalau adik sudah bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | lubang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,
2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,
3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,
| | Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang.
Lihat selanjutnya... |
|