Pantun |
Sumber |
Tema |
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cawan bukan tembikar tidak, Di manakan mau orang memandang; Bangsawan bukan berharta tidak, Di manakan mahu abang meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
|