Pantun |
Sumber |
Tema |
Bila lancang patah tiang, Tentu segera harus diganti; Apabila abang sudah pulang, Pasti segera hamba menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ternak ayam besar segera, Bawa sebakul buah berangan; Anak belajar di luar negara, Ibu di rumah berangan-angan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila bertiup angin selatan, Segera singgah sampai berhenti; Apabila hidup ingin berkawan, Pelihara lidah pandai berbudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila hari semakin mendung, Berhenti segera jangan belayar; Apabila laki bermain serong, Tunjuki dia jalan yang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa orang rajin berkayuh, Supaya segera tiba di seberang; Mengapa bintang semakin jauh, Putihlah mata hamba memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rakyat tempatan sedia berkhidmat, Dekat jauh segera datang; Chan menyelia operasi penyelamat, Di hutan tebal gunung jurang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
Puisi |
---|
|
Limau manis masak di kuala, Pisau wali tajam dikikir; Hitam manis bangun segera, Esok pagi abang nak hilir.
Lihat selanjutnya... |
|