Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
seri kaye | [s«.Äi kA.j«] | | sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain. | | | |
jeranan | [dZ«.ÄA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan. | | | |
jenganan | [dZ«.NA.nAn] | kata nama | makanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jeranan. | | | |
lodeh | [lo.deh] | kata nama | sejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat. | | | |
bebotok | [b«.bo.to/] | kata nama | sejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan | | | |
cuci | [tSu.tSi] | kata nama | hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang hanya mengandungi sejumlah wang hantaran, cincin kahwin dan hadiah berbentuk kelengkapan baju dan lain-lain tanpa barang kemas yang selengkapnya. | Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu. | [kA.mi l«.beh su.k« hAn.tA.ÄAn li.m« Äi.bu tSu.tSi dA.Äi.pA.d« | Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu. |
ngongol | [No.Nol] | kata kerja | mengulum. | Entah ape yang dingongolnye, tak laen gule-gule le tu. | [«n.tAh A.p« jAN di.No.Nol.ø« tA/ lAen gu.l«.gu.l« l« tu] | Entah apakah benda yang dikulumnya, tidak lain daripada gula-gula. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
tiu | [ti.ju] | kata nama | tanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal. | Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni. | [kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni] | Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni. |
genjoq | [g«n.dZâÖ] | kata adjektif | berkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal. | Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia. | [kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA] | Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya. |
menceruih | [m«n.tS«.wuih] | kata adjektif | keadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya. | Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih. | [di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih] | Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk. |
cenoi | [tS«.noj] | kata nama | sejenis minyak pengasih yang dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan (pokok, cendawan dan lain-lain) | Kalu pompuan kena palet minyak cenoi dia lari tinggai laki dia. | [kA.lu pom.pu.wAn k«.nA pA.let mi.øA/ tS«.noj di.jA lA.Òi tiN.gAj lA.ki di.jA] | Perempuan yang terkena palitan minyak cenoi, akan lari meninggalkan suaminya. |
gebok | [g«.b/] | kata nama | sejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk. | Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun. | [lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun] | Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun. |
anoq | [A.nâÖ] | kata nama | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek. | [dZA.NAn boh l«.beh pAdA ti.gA gun.di A.tAEh A.nâÖ tu kÒ«.bAw tA/ lA.ÒAt tA.Òe/] | Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya. |
redai | [Ò«.dAj] | kata nama | sejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain. | Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah. | [dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh] | Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah. |
minyak cenuk | [mi.øA/ tS«.nu/] | | minyak yang dibuat daripada pohon cenuk (bengkawang, lengkawang, minyak tengkawang, minyak lengkawang, minyak kawang, minyak damar laut, kawang). Minyak cenuk biasanya dijadikan bahan awet yang disapu pada kayu (perahu, rumah dan lain-lain). | Pak Mat tukang, sapu perahu payang dengan minyak cenuk bagi tahan lama. | [pAk mAt tu.kAN sA.pu p«.ÒA.hu pA.jAN d«.NAn mi.øA/ tS«.nu/ bA.gi tA.hAn lA.mA] | Pak Mat Tukang, menyapu perahu payangnya dengan minyak cenuk supaya tahan lama. |
kue bakak | [ku.we bA.kA)Ö] | kata nama | sejenis kuih kering manis daripada tepung dan gula yang diuli dan dibakar dalam acuan yang berbentuk ikan atau bunga dan lain-lain. | | | |
pasmbor | [pAs.mbr] | kata nama | sejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasembor. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
tuwok mase | [tu.w/ mA.sE] | | sejenis minuman yang dibuat daripada nira (kelapa, enau dan lain-lain) yang memabukkan. | | | |
pedeka pulok | [p«.dE.kA pu.lo/] | | orang yang mempunyai keahlian (silat dan lain-lain) yang mengambil kesempatan untuk mendapat rezeki daripada pengetahuannya itu. | Kalu kito nok tengok ore silak molek gak, kito jepuk pedeka pulok la. | [kA.lu ki.t n/ tE.N/ .ÄE s:i.lA/ m.lE/ gA/ ki.t dZ«.pu/ p«.dE.kA pu.lo/ lA] | Kalau kita nak tengok gaya silat yang terbaik, kita jemput pendekar pulutlah. |
srekak | [sī.kA/] | kata nama | pengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah. | Kakok kaek buwoh crema guno srekak. | [kA.k/ kAe/ bu.wh tSī.mA gu.n sī.kA/] | Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak. |
borak | [b:.ÄA/] | kata kerja | merebak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain (berkenaan penyakit kulit, luka), menjalar, menular. | Kudih hok tumboh kaki diyo tu borak alah ko poho pulok. | [ku.dih h/ tum.boh k:A.ki di.j tu b:.ÄA/ A.lAh k p.h | Kudis yang tumbuh di kaki dia tu merebak ke bahagian paha pula. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
siapaleh | [si.jA.pA.leh] | kata nama | ungkapan yang digunakan di awal kata yang bermaksud minta dijauhkan daripada bencana, bala dan lain-lain. | Siapaleh mintak-mintak janganla ado keluargo kito yang kono saket. | [si.jA.pA.leh min.tA/.min.tA/ dZA.NAn.lA A.d kE.lu.wA.g ki.t jAN k.n sA.ket] | Siapaleh minta-minta janganlah ada keluarga kita yang terkena sakit. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
selasau | [s«.lA.sAw] | kata nama | tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah. | Pasangle selasau nanti laok kena panas. | [pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs] | Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas. |
mengkuang ladang | [m«N.ku.wAN lA.dAN] | | sejenis pokok mengkuang yang tumbuh di paya. Daunnya lebih lembut daripada mengkuang lain sehingga durinya boleh ditarik dengan tangan setelah dihiris sedikit pada pangkalnya. | | | |
| | | 2. tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; selasau. | Eh, penanggah kau tak siap lagi ke, mana nak letak makanan. | [eh p«.nAN.gAh kAw tA/ si.jAp lA.gi k« mA.nA nA/ l«.tA/ mA.kA.nAn] | Eh, penanggah engkau tidak siap lagikah? Di mana hendak letak makanan. |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
pupo | [pu.po] | kata nama | gelung daripada kayu yang digunakan untuk melilit tali, benang dan lain-lain. | Lilet benang kat pupo tok bagi kusok. | [li.let b«.nAN kAt pu.po t/ bA.gi ku.so/] | Lilit benang pada gelung supaya tidak kusut. |
bujang | [bu.dZAN] | | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong. | Mok junjong bujang jemo padi. | [m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di] | Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi. |
buyong | [bu.joN] | kata nama | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang. | Ce ulo buyong, mok nok buboh padi | [tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di] | Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
makloh | [mA/.lh] | kata nama | mualaf | Asai-asai tok nenek dia makloh. | [A.sAj.A.sAj to/ nE.nE/ di.jA mA/.lh] | Asal-asal nenek moyangnya orang daripada agama lain yang kemudiannya memeluk agama Islam. |
manek koran | [mA.nE/ k.rAn] | | penjaja keturunan arab yang menjaja barang dagangannya dengan berjalan kaki dr rumah ke rumah. Barang dagangannya ialah seperti batu cincin, minyak wangi, quran, muqadam, tasbih dan lain-lain. Biasanya batu cincin diletakkan dalam peti berkaca. | Tok habaq cincin dengan rantai yang dia pakai tu dia beli kat manek koran. | [to/ hA.bA)Ö tSin.tSin d«.NAn ÒAn.tAj jAN di.jA pA.kAj tu di.jA b«.li kAt mA.nE/ k.rAn] | Nenek beritahu cincin dan rantai yang dipakainya itu dibeli daripada penjaja Arab. |
tebalek kuang | [t«.bA.le/ ku.wAN] | | berkenaan dengan sesuatu yang berlaku berlawanan atau bertentangan daripada asal | Dulu bukan maen tegoq orang tikam ekoq, la ni tebalek kuang, dia pulak yang lebeh. | [du.lu bu.kAn mAen t«.go)Ö .ÒAN ti.kAm E.k)Ö lA ni t«.bA.le/ ku.wAN di.jA pu.lA/ jAN l«.beh] | Dulu dia menegur orang lain berjudi ekor, sekarang ini terbalik kuang pula, dia pula yang lebih. |
|
|