Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
dan (viii) nama bangunan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dengan pegawai PBT yang terlibat. Pengumpulan data dilakukan dengan merakam data secara terus di lokasi kajian. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kamera digital untuk merakam semua paparan mengikut domain. Pengambilan gambar dibuat dalam lingkungan 200 meter dari bangunan pentadbiran PBT yang terlibat. Sekiranya di sekitar PBT tersebut tidak terdapat sampel yang diperlukan kerana kedudukannya yang agak terpinggir, maka pusat bandar yang menjadi tumpuan awam dijadikan fokus pengumpulan data. Bagi lokasi PBT yang terdapat banyak premis atau paparan, pengambilan gambar dilakukan secara rawak sistematik, iaitu bagi setiap lima buah premis atau paparan yang berurutan, satu premis atau paparan dipilih sebagai sampel
|
|
|