SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Penulis : Sanat M. Nasir Tahun terbit : 2002 Halaman : 553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang lain, iaitu penonjolan seperti struktur tema dan struktur maklumat tidak akan disentuh. Dalam kajian ini, tautan dilihat sebagai salah satu komponen pembentuk wacana dalam sistem linguistik yang menghubungkan unit teks
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab ini merupakan kitab yang terkenal di Kalimantan sebagai sebuah kitab perubatan yang penting dalam masyarakat Melayu sebelum kemunculan perubatan moden. Dalam proses penyediaan bahan-bahan dan kaedah rawatan, aspek pemilihan kata khusus dibincangkan. Pemilihan kata yang khusus inilah yang diketengahkan kerana sesuatu |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Tajuk : Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan Penulis : Farid M. Onn dan Ajid Che Kob Tahun terbit : 1993 Halaman : 316 Abstrak : Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan memuatkan sebelas buah kertas kerja yang membincangkan beberapa aspek dialektologi. Beberapa aspek dialektologi tersebut termasuklah teori dialektologi, gagasan tentang dialek sosial, aspek kesan dan pengaruh dialek pada penguasaan bahasa Melayu baku, penggunaan dialek dalam hasil-hasil kesusasteraan dan penyelidikan geografi dialek yang dilakukan di luar Semenanjung Malaysia. Penulis kertas kerja terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang penyelidikan bahasa seperti James Collins, Nik Safiah, Mashudi Kader dan beberapa orang pakar bahasa yang
|
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU dalam Bahasa Melayu Penulis : Hashim Musa Tahun terbit : 2003 Halaman : 470 Abstrak : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu dari dulu hingga kini. Dapatan kajian diperoleh daripada hasil kajian yang dibuat berdasarkan tinggalan sejarah dalam bentuk paleografi dan juga epigrafi. Buku ini juga membincangkan kajian |
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Penyebaran Bahasa Melayu Penulis : Asmah Haji Omar Tahun Terbit : 2005 Halaman : 89 Abstrak : Buku ini memaparkan tentang penyebaran bahasa Melayu di dalam dan di luar alam Melayu, melalui pendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak hidup secara terpisah. Mereka memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kehidupan, dan dengan itu meneruskan kewujudan bahasanya. Penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat disalurkan melalui percakapan, yakni bahasa lisan, dan juga melalui tulisan. Melalui kajian ini tumpuan diberikan
|
Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
Amir PENGENALAN Pada tahun 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan satu kajian berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu (BM) di sembilan kompleks beli-belah utama di Malaysia. Kompleks yang terpilih ialah Kompleks Ipoh Parade (Ipoh), Plaza Angsana (Johor Bahru), Star Parade (Seremban), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur), Berjaya Megamall (Kuantan), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan bayi dan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu
|
Microsoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIAN
1 LAPORAN RINGKAS KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA PENYIARAN 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Projek Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Penyiaran yang dimulakan pada bulan Februari 2009 merupakan antara kajian yang sedang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Kajian ini mengambil kira bahawa media elektronik merupakan media |
|
|