Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
lebih rendah. Perbezaan antara tahap yang tertinggi (zon Malaysia Timur) dengan yang terendah (zon tengah) amat ketara sehingga 35.7%. Keadaan ini amat berbeza dengan domain- domain sebelum ini yang jurang perbezaannya tidaklah sebesar itu. Analisis mengikut jenis PBT menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa yang tertinggi adalah di kawasan pentadbiran MP (88.6%) dan pencapaiannya berada pada tahap sangat memuaskan. Manakala, bagi zon ini masih cemerlang dengan peratusan pencapaian yang melebihi 90%. Pencapaian dari segi PBT pula, walaupun peratusan pencapaian MD (100%) mengatasi MP (99.4%) dan DB/MB (94.4%), namun jurang perbezaan tersebut adalah kecil dan tidak signifikan. Ketiga- tiganya memperlihatkan pencapaian pada tahap sangat memuaskan. Dalam domain nama jalan pula, dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lima zon yang dikaji mencapai
|
|
|